BCL buang nama Ashraf

BCL buang nama Ashraf

Menjelang majlis pernikahannya esok, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama Instagram (IG) menjadi @itsmebcl.

Sebelum ini, BCL menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.



Ini adalah kali pertama penyanyi Wanita Terbahagia itu menukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011.

“itsmebcl menukar namanya 1 kali,” tulis keterangan yang boleh dilihat pada akaun pelakon jelita itu.

Terdahulu BCL, 40, memilih tarikh 2 Disember (esok) untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan kepada BH Online majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.



Sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula. BH

BCL buang nama Ashraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker