Jalil Hamid susut 30kg, hilang selera makan

Jalil Hamid susut 30kg, hilang selera makan

Pelakon veteran, Jalil Hamid, 66, hilang berat badan hampir 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah jantung, selain hilang selera makan sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid berkata, keadaan kesihatannya sudah beransur pulih dan diharapkan terus pulih untuk berlakon semula.



“Sudah tiga tahun saya sebegini, tapi Alhamdulillah saya beransur pulih dan berharap akan terus pulih sebab kalau masih sakit, tiada tenaga dan kekuatan.

“Sekarang saya masih terima rawatan di hospital, saya diletakkan dalam kategori suspek jantung.

“Ini kerana jantung saya bengkak selepas menjalani pembedahan, tahun lalu.

“Kalau ikutkan ada masanya saya disuruh duduk di wad, tapi saya tolak. Alhamdulillah, saya boleh lawan lagi, tapi tak tahulah masa akan datang jika hilang upaya.



“Seperti sekarang saya tak boleh memandu. Bila memandu lebih lima minit, saya jadi ‘blank’.

“Jadi, saya tak berani dan sekarang isteri pula memandu,” katanya kepada BH Online.

Jalil ditemui pada majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham di Shah Alam, semalam.

Pelakon drama Ayahanda itu berkata, dia tidak boleh makan sejak setahun lalu.



“Bila makan, keluar balik. Saya hanya boleh makan sesuatu yang cair dan halus seperti bubur.

“Itu yang badan saya susut banyak daripada 98 kg kepada 69 kg,” katanya.

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu juga berkongsi, dia sudah tiga tahun tidak mempunyai pendapatan kerana tiada tawaran lakonan berikutan masalah kesihatan yang dihadapi.

“Sepanjang tempoh dua hingga tiga tahun ini saya memang tak berlakon, agaknya saya ‘direhatkan’. Terus-terang saya cakap sudah tiga tahun saya tiada pendapatan.



“Jadi, apa yang orang berikan, saya guna untuk lepaskan kepayahan. Alhamdulillah, Allah beri dalam bentuk sebegitu.

“Saya tahu orang tak tawarkan saya berlakon sebab tidak sihat. Produksi juga risau ambil saya berlakon, manalah tahu saya ‘gone’ selepas dua, tiga hari berada di lokasi.

“Kali terakhir saya ‘shooting’ di Lenggong, Perak, kira-kira tiga tahun lalu.

Habis shooting sahaja, saya rasa nak pengsan.



“Tapi, saya rasa tak boleh buat kerja lain, jadi bila orang tawar berlakon seperti orang beri makan nasi. Itu bidang saya, tak boleh tinggalkan dunia lakonan,” katanya.

Namun, Jalil bersyukur sumbangan diberikan rakan-rakan artis dan pihak Zakat dapat digunakan menampung kehidupan sehariannya.

“Saya tidak mahu susahkan anak-anak dengan masalah penyakit saya. Mereka juga ada yang baharu bekerja dan berkeluarga.

“Kos sara hidup hari ini pun mahal. Ubat saya sahaja hampir mencecah seribu ringgit. Sedekah dan pemberian inilah dapatlah meringankan saya,” kata bapa kepada enam cahaya mata berusia antara 38 sehingga 28 tahun itu.



Semalam, Jalil tersenarai antara salah seorang daripada 40 penerima sumbangan daripada rakan artis dalam majlis yang turut dihadiri oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir. BH

Jalil Hamid susut 30kg, hilang selera makan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker