Mak Jah sujud syukur terima bantuan PM

Mak Jah sujud syukur terima bantuan PM

Pelakon veteran, Maimunah Ahmad, 74, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah melakukan sujud syukur selepas wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan bantuan di kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan sebaik sahaja terima sumbangan itu. Selepas wakil dan pegawai Perdana Menteri balik, saya terus sujud syukur.”



“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Perdana Menteri termasuk pegawainya yang menguruskan penyerahan sumbangan itu. Terima kasih kepada Anwar kerana prihatin terhadap nasib insan yang sedang sakit seperti saya ini.

“Sepanjang hidup saya, Anwar menjadi antara Perdana Menteri yang betul-betul prihatin dengan nasib insan memerlukan seperti saya.

“Jadi, saya kagumi keprihatinan beliau, malah saya tidak sangka jumlah sumbangan diterima sebanyak ini… Saya bersyukur,” katanya.

Melalui catatan dalam laman sosial kelmarin, Anwar memaklumkan penyerahan sumbangan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi kepada Mak Jah.



Melalui hantaran itu Anwar menulis:

“Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.

“Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.

“Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah.”



Menerusi hantaran sama, Anwar turut mendoakan dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik.

“Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Mak Jah mengaku tidak pernah meminta bantuan atau sumbangan daripada sesiapa, selain hanya bergantung harap kepada Tuhan.

“Saya tak pernah minta bantuan sesiapa. Saya hanya memanjatkan doa kepada Allah sahaja. Kalau hendak minta daripada sesiapa, saya juga tidak tahu sama ada orang itu dalam keadaan senang atau susah.



“Jadi, lebih baik saya minta kepada Allah kerana dia pemilik segala-galanya,” katanya.

Mengulas mengenai kerjaya lakonan, Mak Jah mengakui terpaksa menolak semua tawaran disebabkan masalah kesihatan.

Beliau tidak mahu keadaannya mendatangkan kesukaran kepada orang lain ketika penggambaran.

“Saya banyak tolak tawaran berlakon kerana kaki masih tidak kuat untuk berjalan. Ditambah pula saya menghidap radang tulang dan saraf. Saya masih perlu jalani rawatan di klinik atau hospital,” katanya.



Ketika ini, Mak Jah menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik, selain berusaha mendapatkan tarikh untuk menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak.

Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

Sepanjang proses rawatan kanser, Mak Jah dilaporkan tidak aktif dalam dunia lakonan selama empat tahun.

Pelakon veteran yang berstatus ibu tunggal dengan tiga cahaya mata itu mula berlakon secara serius melalui drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987. BH



Mak Jah sujud syukur terima bantuan PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker