Mahu jatuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’, Mahathir masih nyeyak mimpi kosong disiang hari

Provokasi Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan cadangan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ibarat “mimpi kosong” dan sukar dicapai, kata seorang pemimpin Umno.

Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata berkata tiada sebab untuk mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) ketika parti itu dalam “mood” kebangkitan dan pemulihan.

“Kenyataan Dr M bahawa kerajaan perpaduan boleh tumbang adalah provokasi. Ia sukar untuk dicapai. Hanya mimpi kosong,” kata Puad yang juga Adun Rengit.



“Umno dalam mood kebangkitan dan pemulihan sejak berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan (PH). Tidak ada sebab mereka akan tarik sokongan daripada Anwar Ibrahim.”

Semalam, Mahathir berkata Perikatan Nasional (PN) mampu mengambil alih Putrajaya sekiranya terdapat Ahli Parlimen blok kerajaan mengalihkan sokongan kepada gabungan itu, seperti dilakukan lima wakil rakyat Bersatu yang “menyeberang”.

Mengambil contoh situasi berlaku sebelum PRU15, bekas perdana menteri itu berkata kaedah berkenaan pernah digunakan 15 Ahli Parlimen Umno yang tidak lagi percaya terhadap Muhyiddin Yassin, menyebabkan pentadbiran diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas kenyataan itu, Puad berkata bukan mudah kerajaan perpaduan yang dinaungi lebih 148 Ahli Parlimen rentas parti untuk menarik sokongan terhadap pengerusi PH itu.



“Kewujudan kerajaan perpaduan atas rundingan dan tolak ansur,” katanya merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya suatu kerajaan perpaduan dibentuk agar sebuah pentadbiran stabil dapat ditubuhkan.

Dakwanya, ia berbeza dengan penubuhan kerajaan PN diketuai Muhyiddin Yassin sebelum ini yang didasari atas buruk sangka dan menikam belakang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker