Banduan lari dari penjara diburu

 

JASIN – Polis sedang memburu seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada jam 7.03 petang dan banduan tersebut disedari hilang jam 2.20 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima daripada seorang kakitangan penjara yang sedang berada di Pejabat Pegawai Yang Bertugas (PYB), dia dimaklumkan suspek telah menghilangkan diri.

“Banduan terbabit ialah Mohammad Roshaidi Mohd Ghazali, berusia 44 tahun merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan tersebut.

“Pakaian terakhir banduan itu berwarna hijau dan berselipar,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai banduan itu yang telah melarikan diri.

Tambah beliau, operasi mengesan banduan tersebut telah dilancarkan sejurus menerima laporan.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat diharap dapat menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker