Lelaki maut dipercayai dipukul selepas mengamuk

Lelaki maut dipercayai dipukul selepas mengamuk

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, mangsa berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui pekarangan masjid terbabit.



Saksi yang mahu dikenali sebagai Azam berkata, dia pada awalnya melihat mangsa mengamuk di sekitar surau Pasar Kota Jembal, di sini ketika Zuhur sebelum mangsa datang ke masjid berkenaan.

Katanya, mangsa menunaikan solat Asar bersendirian sebelum keluar dan secara tiba-tiba menendang serta menyepak wanita yang juga tukang masak sebuah sekolah tahfiz berdekatan ketika melalui pekarangan masjid terbabit.

“Melihat kejadian berkenaan, sekumpulan lelaki membantu wanita itu sehingga berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul sebelum didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa dilihat mengamuk beberapa jam sebelum kejadian berlaku, namun tiada yang membuat laporan polis kerana tidak menyangka dia akan mencederakan orang awam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, di sini, malam tadi.



Berikutan kejadian itu, sekumpulan lelaki berkenaan dibawa menaiki van oleh pihak polis dipercayai untuk membantu siasatan.

Azam berkata, menurut saksi lain mangsa yang dipercayai berasal daripada Pasir Puteh itu menunaikan solat Asar dalam keadaan menangis sebelum secara tiba-tiba mengamuk semula di pekarangan masjid berkenaan.

“Selain itu, mangsa baru pertama kali dilihat berada di kawasan ini dan tidak dikenali oleh jemaah atau penduduk setempat.

“Dia berpakaian seperti orang biasa namun perlakuannya yang menjerit dan menengking orang ramai menunjukkan bahawa mangsa mempunyai masalah mental,” katanya.



Bagaimana pun, sehingga kini polis belum mengesahkan kejadian berkenaan. BH

Lelaki maut dipercayai dipukul selepas mengamuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker