8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan

8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan

Alhamdulillah, kita sudah masuk bulan Rejab iaitu bulan mulia dan ia termasuk antara bulan-bulan Haram dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda, Rasulullah s.a.w. Malah Allah juga berfirman berkaitan bulan Haram di dalam surah at-Taubah: 36 dengan mafhum Nya,

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan Nya)…”

Di antara kelebihan dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah dinukilkan pendapat Ibn Abbas menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar pahalanya berbanding bulan-bulan yang lain.

Rejab bermaksud membesarkan dan mengagungkan. Selain itu dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab ialah Arjab dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban makan dinamakan Rajaban.

Di samping itu Rejab merupakan bulan ketujuh daripada tahun Hijri dan ia adalah antara bulan haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan. Bulan ini datang selepas bulan Jamadil Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.

Hadis Tidak Sahih Berkaitan Rejab

Disebabkan Rejab adalah bulan yang dimuliakan Allah dan termasuk dalam empat bulan haram, maka tidak mustahil timbulnya banyak hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Baginda s.a.w. berkaitan dengan kelebihan Rejab antaranya:

Pertama: “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”

Kedua: “Janganlah kamu lalai pada Jumaat pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”

Ketiga: “Bahawasanya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai tersebut”

Keempat: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab sepuluh hari diseru daripada penyeru dari langit bahawa mintalah lalu diberikan (apa yang diminta).”

Kelima: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka”

Keenam: “Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan al-Quran atas segala zikir, kelebihan Sya’ban atas segala bulan seperti kelebihan Muhammad atas segala para nabi, dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hamba Nya”

Ketujuh: “Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Quran berbanding semua jenis kalam”

Kelapan: “Dalam bulan Rejab terdapat hari dan malam yang mana berpuasa pada hari tersebut dan mendirikan malamnya (qiyamulail) adalah seperti seseorang yang berpuasa setahun selama 100 tahun dan berqiyamulail selama 100 tahun. Hari tersebut adalah 3 hari terakhir daripada bulan Rejab dan padanya juga dibangkitkan Muhammad s.a.w.”

Kesemua hadis yang dinyatakan di atas merupakan hadis yang begitu kerap dan popular disebarkan oleh masyarakat awam yang mungkin berasa teruja untuk berkongsi kelebihan bulan Rejab.

Walaupun niat dan tujuannya baik untuk memberi dorongan ibadah dan berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat, namun tindakan tersebut perlulah didasari dengan ilmu supaya apa yang dikongsikan berlandaskan kepada dalil yang sahih dari Baginda s.a.w.

Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Baginda s.a.w. seharusnya dia perlu menjaga nama dan diri Rasulullah s.a.w. dari dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Malah Baginda s.a.w. turut memberi amaran yang keras kepada mereka yang berdusta atas namanya dengan sabda Baginda s.a.w.

“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka” HR Bukhari

Oleh itu, jadilah umat yang bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara waima perkara tersebut dianggap baik sekalipun. Dan berhati-hatilah dengan penyebaran hadis-hadis palsu terutama berkaitan kelebihan bulan Rejab pada ketika ini.

Apa yang penting jika ingin melakukan ibadah seperti puasa, solat malam dan sebagainya, janganlah disandarkan semata-mata kepada hadis dan kelebihannya, tetapi bersandarlah dan tetapkan niat dengan mengharap keredaan Allah. Wallahu a’lam Utv

8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker