Peguam negara enggan gugur pertuduhan fitnah jenayah Rewcastle Brown

Peguam negara enggan gugur pertuduhan fitnah jenayah Rewcastle Brown

Peguam Negara menolak representasi editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang meminta pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan fitnah jenayah dikemukakan terhadapnya.

Peguamnya, Guok Ngek Seng, berkata dia menerima surat berhubung perkara itu lewat bulan lalu.

“Saya akan membuat satu lagi representasi dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT selepas sebutan kes anak guamnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.

Pada September 2021, Rewcastle Brown didakwa secara absentia kerana memfitnah Sultanah Nur Zahirah Terengganu dalam sebuah buku yang dikeluarkan di Malaysia lima tahun lalu.

Bulan berikutnya, Rewcastle Brown memohon agar kes itu dipindahkan dari Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dan kemudian dibatalkan.

Permohonan itu dijadualkan didengar hari ini di hadapan Hakim Zaini Mazlan tetapi dikosongkan selepas hakim dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan bulan lalu.

Ketika dihubungi, Nicholas berkata kes itu mungkin akan dibicarakan di hadapan Hakim K Muniandy yang akan melaporkan diri pada 28 Feb. Dia menetapkannya untuk sebutan lanjut pada 10 Mac.

Muniandy kini berkhidmat di bahagian sivil Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Haslinda Che Seman mewakili pihak pendakwaan.

Pada Disember tahun lalu, Rewcastle Brown, seorang wartawan yang berpangkalan di United Kingdom, membuat representasi melalui peguamnya untuk menghentikan tindakan jenayah terhadapnya selepas Mahkamah Tinggi lain menolak saman fitnah sivil RM300 juta oleh sultanah terhadapnya dan tiga yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman John Lee Kien How @ Johan Lee pada 31 Okt lalu memutuskan bahawa kenyataan yang diadu dalam buku Rewcastle Brown, “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose”, yang menjadi subjek saman itu, tidak memfitnah Sultanah. FMT

Peguam negara enggan gugur pertuduhan fitnah jenayah Rewcastle Brown

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker