PH Terengganu sedia beri BN lebih kerusi untuk PRN

PH Terengganu sedia beri BN lebih kerusi untuk PRN

Pakatan Harapan (PH) Terengganu sedia menyerahkan lebih banyak kerusi DUN untuk ditandingi Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang.

Pengerusinya Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata perbincangan mengenai kerjasama dan pengagihan kerusi secara tidak rasmi dengan pimpinan BN sudah diadakan.



Beliau berkata, mesyuarat antara pucuk pimpinan parti gabungan PH dan BN untuk membincangkan pengagihan kerusi akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Sepatutnya mesyuarat dan perbincangan pengagihan kerusi dan pemilihan calon antara kedua-dua pimpinan sudah diadakan pertengahan bulan lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pimpinan Umno negeri menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

“Hasil keputusan mesyuarat dan persetujuan terutama membabitkan jumlah kerusi akan diagihkan akan dibawa ke mesyuarat di peringkat pusat, tetapi pada dasarnya perbincangan secara tidak rasmi sudah diadakan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina PH 2023, di Kuala Terengganu, hari ini.



Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu berkata pemimpin utama parti gabungan PH termasuk PKR dan DAP bersetuju dan akur jika BN minta lebih banyak kerusi pada PRN akan datang.

Beliau berkata ia kerana pucuk pimpinan parti gabungan PH negeri faham Umno lebih lama bertapak di Terengganu dan mempunyai lebih banyak pengaruh.

“Jumlah pengagihan kerusi bukannya isu besar, sebaliknya paling penting dan menjadi keutamaan adalah gabungan PH dan BN mampu memenangi lebih banyak kerusi,” katanya. FMT

PH Terengganu sedia beri BN lebih kerusi untuk PRN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker