Magnet KJ hanya illusi

Oleh Norzahira

KITA semua tahu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang poster boy yang gagal ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Beliau dilihat sebagai “budak suruhan” Muhyiddin Yassin. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin (KJ) yang gagal memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh walaupun KJ menjadikan parti kambing hitam kononnya untuk meraih undi. Mereka dilihat sebagai “trojan horse” Muhyiddin.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Ismail Sabri cuba “menghasut” ahli UMNO kononnya kehilangan KJ dari parti kononnya satu kerugian.



Menurut Ismail Sabri, KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Persoalannya, ketika KJ jadi Ketua Pemuda, ramaikah golongan belia yang berjaya ditarik oleh magnet KJ untuk menyokong UMNO?

Sebagaimana yang kita amat maklum, KJ telah bertindak melampau dengan memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU15. Malah beliau turut memfitnah kononnya wujud pengundi hantu semasa PAU UMNO 2022. Tindakan KJ tersebut dilihat sangat melampau dan berniat jahat.

Bahan kempen KJ ketika PRU15 adalah “saya reformis parti dan parti saya sudah sesat.”

Oleh itu, magnet KJ yang digembar gemburkan oleh Ismail Sabri itu hanya illusi.



Kini dakwaan Ismail Sabri yang kononnya KJ ada magnet telah menjadi bahan persendaan ramai pihak memandangkan KJ telah gagal tarik golongan belia ketika menjadi Ketua Pemuda. Sepatutnya Ismail mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) agar mengantikan beliau sebagai “poster boy” ketika PRU15 jika benar Ismail Sabri percaya “wujud” magnet pada KJ.

Hakikatnya apa yang diwar-warkan oleh Ismail itu hanya satu kenyataan mengarut semata-mata.

UMNO memecat KJ kerana melanggar disiplin parti mengikut perlembagaan UMNO akibat kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker