SMART Malaysia masuk kawasan bencana, korban gempa kini cecah 7,800

SMART Malaysia masuk kawasan bencana, korban gempa kini cecah 7,800

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka masuk ke kawasan bencana gempa bumi hari ini, bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di selatan Turkiye.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat kelewatan dalam atur gerak operasi berikutan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Adana yang menjadi pintu masuk ke kawasan bencana.



“Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang tiga jam.

“Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pasukan di sana,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, NADMA berkata, SMART selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 5.50 pagi waktu tempatan.

“Pasukan itu seterusnya diberikan taklimat sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adana bagi meneruskan perjalanan ke Gaziantep.



“Terima kasih kepada semua yang terbabit bagi memudahkan urusan perjalanan,” katanya.

Semalam BH melaporkan, Malaysia menghantar 75 anggota SMART untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye yang mengorbankan lebih 5,000 orang setakat ini termasuk di Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pasukan itu dihantar selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pasukan SMART menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016, membolehkan ia dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.



Angka korban cecah gempa di Turkiye-Syria kini cecah 7,800

Sementara itu laporan dari Ankara memetik Naib Presiden, Fuat Oktay, menyebut angka kematian akibat gempa bumi dahsyat awal pagi Isnin lalu di selatan Turkiye meningkat kepada 5,894 orang.

Beliau yang memaklumkan perkembangan itu pada sidang akhbar tengah malam tadi, berkata bilangan mangsa cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras adalah seramai 34,810 orang.

“Kehilangan setiap rakyat amat menyedihkan kami,” katanya kepada pemberita sambil menambah pihak berkuasa meneruskan usaha menyelamat mangsa.



Hampir 6,000 bangunan runtuh

Oktay berkata, sejumlah 5,775 bangunan runtuh dengan lebih 8,000 mangsa diselamatkan daripada runtuhan itu.

Terdahulu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ketika di Pusat Penyelarasan Maklumat Negeri di ibu negara Ankara semalam, dilaporkan berkata, fakta lebih 8,000 rakyat diselamatkan daripada timbunan runtuhan adalah kelegaan terbesar negaranya.

Negara itu mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah supaya operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.



“Kami menghadapi bencana terbesar bukan saja dalam sejarah republik, tetapi juga geografi kami dan dunia,” kata presiden Turkiye itu.

Awal pagi kelmarin, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Kahramanmaras, diikuti gempa susulan 7.6 pada skala Richter kira-kira sembilan jam kemudian menggegarkan wilayah itu hingga menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Gempa bumi turut dirasai di beberapa negara di rantau ini, termasuk Lubnan dan Syria.

Sementara itu, Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye dalam kenyataan awal memaklumkan, seramai 60,218 pegawai kecemasan dikerahkan di kawasan itu, termasuk 3,200 kakitangan dari 65 negara.



‘Bencana terbesar’ sejak gempa bumi Erzincan pada 1939 yang meragut puluhan ribu nyawa, Turkiye kini sedang melakukan pemantauan selama tujuh hari.

Semua acara sukan kebangsaan di Turkiye ditangguhkan sehingga diberitahu kelak dan semua sekolah di negara itu juga akan ditutup sehingga Selasa ini dan sekolah di 10 wilayah terjejas sehingga 20 Februari.

Beberapa parti yang mewakili Parlimen iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AK), Parti Rakyat Republik (CHP), Parti Baik (IYI), Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokratik Rakyat (HDP) turut mengeluarkan kenyataan bersama mengenai tragedi itu.

“Sebagai wakil Speaker Parlimen Turkiye dan lima parti politik yang mempunyai kumpulan dalam dewan, kami bersatu dan berkhidmat untuk rakyat kami,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Erdogan dilaporkan berkata berikutan gempa bumi itu, Turkiye digegarkan oleh ‘bencana terbesar’ sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

“Kerajaan sudah mengambil tindakan dengan semua institusinya sejak gempa berlaku. Semua sumber sudah digerakkan,” katanya di pejabat AFAD di Ankara, lokasi beliau menyelaras kerja menyelamat dan bantuan.

Beliau juga menggesa rakyat menjadi ‘satu hati’ dengan mengatakan rakyat akan meninggalkan hari-hari yang buruk dalam suasana perpaduan sebagai sebuah negara dan rakyat.

Turkiye mewujudkan koridor bantuan udara menerusi angkatan tenteranya selepas gempa bumi awal untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke rantau itu.

Sejumlah besar pesawat pengangkut, termasuk A-400Ms menghantar pasukan mencari dan menyelamat serta kenderaan ke rantau berkenaan.

Pesawat ambulans juga menggunakan koridor bantuan udara.

Hampir 9,000 tentera Turkiye turut bergegas membantu rakyat di kawasan bencana.

“Rakyat kami yang terjejas oleh gempa bumi sedang ditempatkan di berek Komando Tentera Kedua kami di Malatya,” kata Kementerian Pertahanan Negara Turkiye menerusi ciapan Twitter.

Selain itu, penerbangan dua dron Akinci yang digunakan untuk menyelaraskan kerja di kawasan bencana diteruskan.

Selain pasukan penyelamat, selimut, khemah, makanan dan pasukan sokongan psikologi turut dihantar ke kawasan terjejas. BH

SMART Malaysia masuk kawasan bencana, korban gempa kini cecah 7,800

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker