Rafizi beri sebab kenapa Muda tidak dijemput


Rafizi beri sebab kenapa Muda tidak dijemput

Muda tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa kerana ia hanya untuk penandatangan perjanjian gabungan pada Januari, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

“Walaupun Muda (menyokong) kerajaan perpaduan, mesyuarat itu hanya melibatkan pihak dengan tiga Ahli Parlimen atau lebih, dan mereka adalah penandatangan (perjanjian),” katanya kepada media selepas pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia terkini Bank Dunia.

Beliau berkata, penandatangan perjanjian gabungan adalah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Di majlis berasingan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata mesyuarat sekretariat itu adalah untuk pihak yang mempunyai peranan dalam kerajaan.

Ahli Parlimen PH, BN, GPS dan GRS adalah sebahagian daripada Jemaah Menteri manakala Yusof Apdal daripada Warisan adalah timbalan menteri.

Anwar yang juga pengerusi PH, berkata pihak lain seperti Muda akan terlibat dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk memastikan penyelarasan dasar.

Semalam, Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi mengeluh berikutan kurangnya komunikasi antara PH dan partinya, mendakwa ia tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Sambil menegaskan beliau tidak kecewa, Amir berkata PH sepatutnya memaklumkan kepada Muda tentang pertemuan itu atau keputusannya.

Katanya, Muda hanya mengetahui perkara dibincangkan pada mesyuarat itu selepas ia disiarkan dalam berita.

Muda dan PH menandatangani pakatan pilihan raya untuk PRU15. Ahli Parlimen tunggal parti itu ialah presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. FMT

Rafizi beri sebab kenapa Muda tidak dijemput

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker