Supermax rugi kali pertama

Supermax rugi kali pertama

Supermax Corporation Bhd mencatat kerugian bersih sebanyak RM108.07 juta pada suku kedua berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan RM47.84 juta pada suku sama sebelum ini.

Perolehan merosot 66.6 peratus kepada RM174.79 juta daripada RM523.54 juta sebelum ini, penyusutan 66.6 peratus atau RM348.75 juta.



Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Supermax berkata kemerosotan berterusan bagi harga jualan purata (ASP) dan peningkatan kos pengeluaran seunit menyebabkan kumpulan itu mencatat kerugian kewangan untuk kali pertama.

“Keadaan buruk pasaran telah menyebabkan kumpulan meraih kerugian yang ketara pada operasi, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), sebelum cukai dan selepas cukai,” katanya.

Supermax berkata, antara faktor negatif dalam persekitaran operasi semasa yang mencabar adalah jualan yang terus terjejas akibat perintah tahan pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) pada Oktober 2021 yang masih kekal.

“Ini menghalang usaha untuk mengimport penghantaran kos rendah baharu bagi mengurangkan purata kos inventori.



“Faktor lain termasuk permintaan pasaran global yang lebih perlahan disebabkan lebihan stok ketika kemuncak pandemik; kenaikan kos operasi termasuk kos tenaga tinggi dan kenaikan gaji minimum; menanggung perbelanjaan sebelum operasi bagi kilang baharu AS dan kilang lama tertentu yang tidak beroperasi berikutan proses pembinaan semula,” katanya.

Mengenai prospek bahagian sarung tangan, Supermax berkata industri sarung tangan getah sedang beralih ke fasa rasionalisasi dan fasa pengukuhan, dan dijangka kekal untuk sedikit masa lagi selepas mengalami pertumbuhan terkukuh dalam sejarah pada 2020 dan 2021 semasa pandemik global COVID-19.

Katanya, pertumbuhan kukuh sektor itu semasa pandemik menarik ramai pemain baharu ke pasaran dan menggalakkan pemain sedia ada untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memanfaatkan lonjakan permintaan.

Pengeluar sarung tangan itu berkata situasi bekalan yang berlebihan kini disusuli pula dengan permintaan yang kembali seperti biasa selepas serata dunia mengakui pandemik kini menjadi endemik, menyebabkan ASP sarung tangan menjejaki rekod tertingginya secara beransur.



“Kami menjangkakan dapat melihat industri sarung tangan terus kukuh dengan ASP dan permintaan terus menyederhana daripada paras tertinggi.

“Pada masa depan yang dapat dijangka, pasaran akan kekal lemah, persaingan akan terus sengit dan keuntungan terjejas,” katanya. BH

Supermax rugi kali pertama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker