Yana bertanding Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai

Yana bertanding Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai

Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau telah menyerahkan borang pencalonan ke Pejabat UMNO Bahagian petang semalam.



“Terima kasih kepada Ketua Bahagian Lembah Pantai, Tok Lan dan Setiausaha Bahagian, Abang Zul atas kesudian menerima borang pencalonan Yana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap akan diberi peluang untuk berjuang dalam parti yang menjadi kesayangan bapanya.

Noryana Najwan turut menjemput sahabat-sahabat Instagram, Facebook dan TikTok untuk berkongsi pendapat bernas yang mampu memperkasakan UMNO.

Pendapat dan idea tersebut juga boleh digunakan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Lembah Pantai.



“We work as a team to bring positive change to our community (Kta bekerja sebagai satu pasukan untuk membawa perubahan positif kepada komuniti),” katanya. MG

Yana bertanding Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker