Turkiye dilanda gempa bumi kuat lagi

Turkiye dilanda gempa bumi kuat lagii

Turkiye dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter pada 1.04 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana, Turkiye.



Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1.35 pagi.

Pada 6 Feb lepas, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras telah menjejaskan 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas dan beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan yang turut merasai gegaran kuat, menurut Bernama.

Setakat semalam, dilaporkan sekurang-kurangnya 41,020 orang telah terkorban akibat bencana gempa bumi kuat itu. FMT



Turkiye dilanda gempa bumi kuat lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker