Cadangan menyenaraikan IPO Petronas adalah tidak wajar

SHAH ALAM – Cadangan supaya kerajaan menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ke bursa saham bagi membantu mengurangkan hutang negara adalah tidak wajar.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, syarikat berkenaan merupakan penyumbang besar kepada pendapatan negara dengan nilai eksport minyak yang tinggi dan menjadi bakul eksport utama nasional.

“Idea agar jualan saham Petronas bagi mengurangkan hutang kerajaan bukanlah sesuatu yang mustahak dan mendesak buat masa ini dalam keadaan negara bergantung besar dengan hasil minyak untuk perbelanjaan negara.

“Bermula dengan menyumbang 15 peratus kepada pendapatan negara melalui bayaran dividen sehingga mencecah hampir 50 peratus. Terkini pada tahun 2020, jumlah dividen Petronas adalah 49 peratus daripada pendapatan minyak dan gas negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menyatakan yang penyenaraian Petronas tersebut akan memberikan suntikan tunai yang besar dalam menyediakan ketelusan kewangan dan tadbir urus yang lebih baik kepadanya.

Jelas beliau, ia boleh membantu menolong mengurangkan hutang negara ke tahap lebih kurang 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam masa 10 ke 15 tahun.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli menyatakan bahawa Petronas berfungsi menjadi penyelamat kepada negara ketika berhadapan isu ekonomi.

“Ketika pandemik Covid-19 tahun 2020, Petronas telah menaikkan bayaran dividen sebanyak RM10 juta kepada negara walaupun ketika itu mengalami kerugian bersih yang besar sebanyak RM21 juta.

“Begitu juga ketika cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan pada tahun 2019, Petronas menambah jumlah dividen yang dibayar kepada negara. Selain itu, pendapatan negara daripada syarikat tersebut juga diperoleh melalui bayaran cukai petroleum, duti eksport dan royalti kepada negeri-negeri,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya kerajaan meletakkan keuntungan Petronas sebagai dana wakaf seperti yang pernah dibuat di Norway sejak 1990 untuk melabur lebihan pendapatan hasil minyak negara mereka.

tambah beliau, ketidaktentuan dalam harga minyak ketika ini akan memberi kesan yang langsung kepada pendapatan fiskal negara sekiranya kerajaan tersilap percaturan dalam perkara berkenaan.

“Jangan ditekan dan diperah sehabisnya lagi apa yang ditanggung Petronas. Bimbang apa yang menjadi milik negara pada hari ini lama kelamaan akan menjadi haus dan kering kontang dek tergadai di tangan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap harta negara,” kata beliau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker