Kuota haji mungkin ditambah – Zambry

Kuota haji mungkin ditambah – Zambry

KUOTA haji jemaah Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi sekarang.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, khabar baik itu adalah hasil pertemuan beliau bersama rakan sejawatannya, Putera Faisal Farhan.

Beliau juga memberi jaminan, 31,600 kuota haji yang sudah dipersetujui Arab Saudi sebelum ini juga tidak akan dipotong.

“Saya menyampaikan penghargaan negara atas keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia untuk urusan haji dan umrah.

“Insya-Allah kuota haji kepada Malaysia tidak akan dipotong dan kemungkinan besar akan ditambah,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Zambry menambah Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk memuktamadkan rundingan bagi menginstitusikan Majlis Koordinasi Malaysia-Arab Saudi (SMCC) yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala di masa hadapan.

Katanya, kedua-dua buah negara bersetuju untuk mempertingkat lagi jumlah dagangan yang akhir-akhir ini sudah pun menunjukkan peningkatan drastik.

“Sebagai koordinator untuk hubungan ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu merealisasikan Sidang Kemuncak yang akan dihoskan oleh Arab Saudi pada tahun ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua pertubuhan serantau ini,” katanya.

Katanya, pertukaran lawatan di antara Malaysia dan Arab Saudi pasca pandemik akan dipertingkat termasuk bagi mencari ruang dan peluang melalui Visi Arab Saudi 2030 yang menjadi agenda pembangunan sangat baik untuk diterokai secara bersama.

“Saya percaya pertemuan ini sudah membuka lembaran baru bagi hubungan kedua-dua negara. Arab Saudi kekal sebagai sahabat karib Malaysia dan Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk terus menerokai setiap peluang yang ada untuk membawa hubungan istimewa ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Pihak kerajaan Arab Saudi juga menyatakan bahawa mereka amat mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam waktu terdekat,” katanya. Utv

Kuota haji mungkin ditambah – Zambry

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker