Tips tanam bawang putih

Tips tanam bawang putih

Tak lengkap rasanya masakan kalau tak ada guna bawang putih. Betul tak? Stok bawang putih mesti kena ada di rumah kerana hampir semua menu menggunakan bawang putih. Ramai yang tak tahu bawang putih sebenarnya boleh tanam sendiri di rumah.

Mudah sahaja dan hasilnya memang lumayan kerana tidak lagi perlu keluar wang untuk membeli di kedai. Kalau anda nak tahu cara tanam bawang putih guna teknik menegak, ikuti perkongsian lengkap di bawah. Memang menjadi!



CARA TANAM BAWANG PUTIH GUNA TEKNIK MENEGAK, MENJADI!

1. Terdapat 2 jenis bawang putih yang di import kita harus kenal iaitu softneck dan hardneck. Kulit bawang softneck berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea.

Hardneck pula kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atas. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.

2. Sediakan 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.



3. Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akarnya kebawah. Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman diperlukan pagi dan petang.

4. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi dan daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci.

Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.

5. Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah. Jangan cabut kerana akan menjejaskan bawang.



Bersihkan sisa tanah yang melekat di bawang dengan cara mengetuk perlahan. Jangan basuh kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang kering. Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh diambil untuk kegunaan atau disimpan.

NOTA TAMBAHAN:

– Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung.
– Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Mahadzir Hashim

Tips tanam bawang putih



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker