Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19

Budak lelaki itu dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan psikiatri. – India Today

NEW DELHI – Seorang wanita di India mengurung dirinya dan seorang anak lelaki di dalam rumah flat mereka selama tiga tahun kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam.

Munmun Majhi, 33 dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun diselamatkan oleh polis pada Rabu lalu di rumah mereka di bandar Gurugra, negeri Haryana.

Wanita itu terlalu takut dijangkiti koronavirus sekiranya keluar rumah sehinggakan dia tidak membenarkan suaminya, Sujan Majhi memasuki rumah mereka selepas sehari sekatan pertama Covid-19 dilaksanakan.

Selepas penat dengan keadaan itu, Sujan menghubungi polis dan meminta mereka memeriksa keadaan isterinya.

Sujan yang bekerja sebagai jurutera dan mempunyai syarikat sendiri pada awalnya tinggal bersama rakan dan saudara mara apabila isterinya tidak membenarkan dia masuk tetapi terus membayar sewa dan bil utiliti rumah.

Dia bagaimanapun terpaksa menyewa flat lain untuk dirinya sendiri.

Setelah meminta bantuan polis, seorang pegawai menghubungi Munmun untuk memeriksa kesihatannya, tetapi wanita itu mendakwa dia dan anaknya ‘benar-benar sihat’.

“Kami kemudian membuat panggilan video dan apabila saya melihat kanak-kanak itu, saya beremosi. Rambutnya telah tumbuh hingga ke paras bahu,” kata pegawai itu.

Ketika tiba di rumah itu, polis menemui timbunan sampah dan barangan runcit selain dinding yang berconteng akibat dilukis anak lelaki Majhi untuk menahan bosan.

Selepas mereka menemui budak lelaki itu di salah satu bilik tidur, polis segera membawanya ke hospital.

Pakar Bedah Awam Gurgaon, Dr. Virender Yadav berkata: “Pasukan perubatan, termasuk pakar psikiatri sedang menilai mereka.

Kedua-dua mereka telah dirujuk ke Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwat Dayal Sharma (PGI) di bandar Rohtak untuk menerima rawatan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker