25,099 kes baru Covid-19, 3% kes aktif di hospital

Sebanyak 25,099 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,246,779 kes.

Kes aktif kini berjumlah 258,985, meningkat sebanyak 212.0 peratus berbanding 14 hari lalu.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 7,783 pesakit Covid-19 (3.05 peratus) dirawat di hospital dengan 272 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU).

Di seluruh negara, kadar penggunaan hospital adalah pada 70.5 peratus. Tiada negeri mempunyai kadar penggunaan melebihi 86 peratus.

Penggunaan ICU di negara ini pula pada 59.3 peratus.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (5,535)

Sabah (4,770)

Johor (2,697)

Kedah (2,486)

Kelantan (1,900)

Pulau Pinang (1,752)

Pahang (1,365)

Negeri Sembilan (1,325)

Kuala Lumpur (866)

Terengganu (607)

Perak (465)

Melaka (403)

Sarawak (294)

Labuan (260)

Perlis (219)

Putrajaya (155)

Sementara itu, 43 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 13 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead).

Sepanjang minggu lalu, purata 34.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 16.9 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam trend menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,390 kematian dikaitkan dengan Covid-19.

Johor dan Selangor mencatatkan kematian paling tinggi dilaporkan semalam iaitu 10 kematian bagi setiap negeri.

Ini diikuti oleh Kedah (7), Sabah (5), Kelantan (2), Pahang (2), Pulau Pinang (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker