Tok Mat kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa dicabar

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Mustafa Salim, berkata Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.

“Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Ahli Parlimen Tampin) turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.



“Ini kerana mereka sentiasa berada di lapangan, jadi tiada yang menandingi, lebih-lebih mereka berpengalaman banyak dalam politik,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Mustafa juga mengesahkan dirinya dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarop bersaing bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Beliau berkata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin ‘berentap’ bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jempol iaitu sebelum ini disandang Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun.

Menurutnya, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pula ditandingi ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim dan Naib Ketua, Khairolnezam Shaari manakala UMNO Bahagian Port Dickson menyaksikan perebutan antara ketuanya, Datuk Mohd Faizal Ramli dan ADUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.



Mustafa berkata Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi pula berdepan dua pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd Helmy Din dan Hanizam Abd Razak bagi bahagian itu.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker