Dua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok

Dua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok

Dua lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), pagi esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, kedua-dua individu terbabit yang juga ahli perniagaan akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Johor Bahru, Johor.



Suruhanjaya itu memberitahu, prosiding pertuduhan terhadap dua individu terbabit dijangka bermula jam 9 pagi esok.

Difahamkan, individu yang didakwa di Johor Bahru, akan berdepan sekurang-kurangnya sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang memperoleh kerja-kerja pembinaan di bawah program Jana Wibawa.

Individu itu juga dikatakan meminta suapan 10 peratus membabitkan RM10 juta daripada nilai dua projek binaan yang diperoleh menerusi dua syarikat.

Hari ini, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.



Sementara, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, juga didakwa di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan, 42, juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya masing-masing di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Semalam, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Azalina dipetik sebagai berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementera keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.



Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19. BH

Dua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris



Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker