Naib presiden kunci ‘semak dan imbang’ dalam MKT

Naib presiden kunci ‘semak dan imbang’ dalam MKT

Memilih naib presiden yang tepat dalam Umno penting bagi masa depan parti memandangkan pemimpin tersenarai ‘top 5’ itu boleh memastikan proses semak dan imbang sewajarnya dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan, berkata justeru ia menjadikan pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden, menjelang pemilihan parti sangat penting.

“Sudah tentu, ia bergantung siapa terpilih menjadi naib presiden. Sekiranya mereka cenderung kepada presiden, jadi kedudukan mereka hanya menjadi pelengkap kepada status quo,” katanya kepada FMT.

Katanya, undi perwakilan juga memberi petunjuk terhadap penyandang naib presiden yang akan mempertahankan jawatan itu.

Tiga penyandang naib presiden adalah bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Kota Tinggi Khaled Nordin, yang juga menteri pendidikan tinggi.

Wan Agyl berkata, tidak mudah bagi penyandang mempertahankan jawatan masing-masing kali ini, terutama apabila mereka yang berhasrat bertanding dua jawatan tertinggi tidak ada pilihan selain bertanding bagi tiga jawatan terbabit.

“Saingan pastinya lebih banyak. Tak perlu disebut, bagi mereka yang tidak puas hati keputusan perwakilan (tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi) tentunya ingin mendominasi jawatan naib presiden,” katanya merujuk kepada undi perwakilan pada perhimpunan agung Umno, pada 14 Jan.

Bagaimanapun, Wan Agyl berkata, tidak kira siapa yang akan mengisi kepimpinan keseluruhannya atau sama ada mereka bersekutu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kerana kepentingan utama bagi barisan pimpinan baharu adalah meraih kembali keyakinan pengundi kepada parti.

Bulan lalu, Zahid berkata, jawatan naib presiden terbuka ditandingi, menjelang pemilihan parti.

Namun, katanya keputusan perwakilan tidak mahu jawatan presiden dan timbalan presiden ditandingi adalah muktamad memandangkan usul berkenaan diterima pada perhimpunan agung Umno mengikut perlembagaannya.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah, berkata saingan bagi naib presiden akan menunjukkan ada calon lain berupaya bersaing dalam merebut jawatan tinggi dalam parti, selain memberi keseimbangan kuasa kepada pimpinan tinggi sedia ada.

Bagaimanapun, beliau berpandangan penyandang mempunyai kelebihan kerana dilihat sebagai “proksi” Zahid, sambil menambah penyokong presiden pastinya menyokong calon direstui timbalan perdana menteri itu.

“Walaupun ada sentimen anti-Zahid (dalam parti), persoalannya bagaimana mahu menyatukan pihak itu dan siapa yang mahu diangkat sebagai wira membawa reformasi dalam Umno,” katanya.

Penyandang, Khaled dan Mahdzir antara yang pertama mengumumkan pencalonan mereka bagi jawatan naib presiden.

Tujuh lagi calon sudah menghantar borang pencalonan untuk merebut jawatan naib presiden.

Mereka adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, Menteri Luar Zambry Abdul Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, ahli MKT Shamsul Anuar Nasarah, bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Reezal Merican Naina Merican, dan bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad.

Pencalonan bagi pemilihan Umno ditutup hari ini. Pemilihan melibatkan pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung pada 11 Mac, manakala pemilihan bagi bahagian, naib presiden dan ahli MKT diadakan pada 18 Mac. FMT

Naib presiden kunci ‘semak dan imbang’ dalam MKT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker