Remaja buang bayi teman wanita didakwa


MELAKA – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkan teman wanitanya di dalam semak sehingga menyebabkan kematian bayi itu pada 29 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh ke atas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di antara pukul 12.01 pagi hingga 10.30 malam.

Kejadian itu dilakukan di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam Ahmadiah dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Mac lalu.

Pembantu kedai makan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 19 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan menunggu laporan bedah siasat.

Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan sepasang kekasih masing-masing berusia 19 dan 17 tahun diberkas polis selepas dipercayai telah membuang bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan di dalam semak sehingga menyebabkannya meninggal dunia. K Online

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker