Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar

Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan jika pengkritik akan membenarkan SPRM menangkap atau menyiasat sesiapa sahaja berhubung kes rasuah sekiranya setiap siasatan dilabelkan sebagai “bermotifkan politik”.

Dia berkata demikian sambil menafikan sekali lagi bahawa siasatan SPRM terhadap pemimpin-pemimpin Bersatu adalah bermotifkan politik.



Ini ketika spekulasi bertiup kencang bahawa presiden parti itu, Muhyiddin Yassin yang juga adalah bekas perdana menteri akan ditangkap dan didakwa.

“Untuk mengatakan semua kes yang kita ambil itu bermotif politik maknanya tidak bolehlah nak tangkap? Semua kes-kes rasuah besar-besar kita lepas?

“Setiap kes bermotifkan politik, adakah ia bermakna (SPRM) tidak boleh membuat tangkapan?” soalnya kepada pemberita hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, Muhyiddin sedang disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan spekulasi mengatakan bahawa dia akan ditangkap hari ini, dan didakwa esok. Mk



[Berita penuhh menyusul]

Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker