Muhyiddin punca 1MDB tidak boleh tuntut USD1bilion dari Wong & Partners

Kes ini sangat mencurigakan. Muhyiddin perlu bertanggungjawab.

Oleh Norzahira

HANYA tujuh belas bulan Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri tetapi kerosakkan yang beliau lakukan menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dan rakyat menderita kehilangan pekerjaan hingga ramai yang membunuh diri.

Mungkin ramai rakyat yang terlepas pandang fakta berkenaan Muhyiddin menjadi antara punca mengapa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh menuntut USD1bilion dari Wong & Partners.

“We can confirm that the suit against Wong & Partners and Brian Chia Hock Gee under the KL High Court Suit No: WA-22NCC-211-05/2021 was withdrawn by the plaintiff, without liberty to file afresh. This was made on July 19,”- Wong & Partners

Kerajaan Muhyiddin dan peguam 1MDB menggugurkan tuntutan USD1 bilion terhadap Wong and Partners dan peguam mereka Brian Chia pada Julai 2021. Mereka juga bersetuju bahawa mereka tidak lagi mempunyai kebebasan untuk memfailkan semula. Bermakna 1MDB tidak lagi boleh membuat tuntutan terhadap Wong & Partners.

Perkara ini sangat mencurigakan.

Berikut adalah faktanya:

1. Peguam 1MDB untuk saman ini ialah Lim Chee Wee Partnership. Lim Chee Wee ialah bekas presiden Badan Peguam.

2. Peguam Wong & Partners yang membela terhadap saman 1MDB ialah Gopal Sri Ram dan bekas presiden Peguam Ambiga.

3. Gopal Sri Ram adalah pendakwa raya yang akan memilih siapa yang akan menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB.

4. Salah satu alasan yang diberikan oleh Gopal Sri Ram mengapa saman terhadap Wong & Partners harus digugurkan ialah Brian Chia dari Wong & Partners ialah saksi pendakwaan yang penting.

5. Walaupun begitu, Gopal Sri Ram berkata tidak ada konflik kepentingan apabila beliau dibayar oleh Wong & Partners untuk membela diri terhadap saman kerajaan. Adakah hanya kerana Brian Chia ialah saksi pendakwaan yang penting, maka mereka menggugurkan saman USD1b terhadap Wong & Partners?

Untuk makluman, kakitangan KPMG dan Delloites juga menjadi saksi dalam perbicaraan 1MDB tetapi kedua-dua firma itu masih membayar dalam RM700 juta kepada 1MDB.

Sepatutnya Kerajaan boleh menggugurkan saman itu tanpa perlu membuat komitmen bahawa mereka tidak mempunyai kebebasan untuk memfailkan semula.

Kes ini sangat mencurigakan. Muhyiddin perlu bertanggungjawab. Apa khabar Nika Gee?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker