Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar

Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary akan membantu pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, sebahagian daripada rancangan Aerotropolis Kedah.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata Sanusi menulis untuk memujuknya mempertimbangkan meluluskan projek itu kerana ia cadangan daripada sebuah syarikat swasta – yang dimiliki oleh Syed Mokhtar.

“Syed Mohktar hubungi saya tadi dan mengatakan ‘maaf Datuk Seri, saya tidak bersedia menjalankan projek itu’.

“Ini saya bercakap di parlimen. Bila dapat maklumat itu, dia kata memang ada cadangan dan tidak mampu buat begitu kerana jumlahnya RM7 bilion,” katanya ketika ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata projek yang menelan belanja perlu penilaian teliti dan melibatkan pelbagai pihak daripada kerajaan pusat.

“RM7 billion….. kalau orang nak bawa modal kemudian tak diteliti oleh Unit Perancangan Ekonomi, tak diteliti oleh Kementerian Kewangan, tak diteliti oleh Kementerian Pengangkutan pakai umum macam itu sahaja. Ini perintah cara apa?

“Tak ada dalam projek begitu. Mana-mana negeri bila ada usul mesti diputuskan secara bersama agensi pusat. Ini belum berlaku,” katanya lagi.

Dia menegaskan bahawa syarikat ECK Group – yang dipilih sebagai rakan strategik kerajaan Kedah untuk membangunkan Lapangan Terbang Kulim – membatalkan cadangan mereka pada Julai tahun lepas.

Bagaimanapun, kata Anwar, kerajaan Kedah boleh mengemukakan cadangan untuk diteliti oleh Kementerian Kewangan, jika pentadbiran negeri mahu meneruskan pembangunan projek itu.

Awal hari ini, Sanusi mempertikaikan dakwaan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa kerajaan negeri itu tidak mengemukakan permohonan untuk projek Aerotropolis di Kedah.

Menjawab Loke, Sanusi menerbitkan kenyataan sepanjang lapan muka surat, mencatatkan semua penglibatan negeri itu dengan Putrajaya berhubung dengan projek Aerotropolis Kedah.

Sanusi mendakwa kerajaan negeri telah bekerjasama dengan menteri pengangkutan sebelum Loke dan pentadbiran terdahulu sejak Ogos 2020, malah telah menyerahkan draf pelan akhir kepada bahagian penerbangan Kementerian Pengangkutan pada 18 Jan.

Aerotropolis Kedah ialah projek mega yang akan merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang dirancang, dan hab logistik dan pembuatan – semuanya menurut Sanusi tidak memerlukan pembiayaan persekutuan.

Dia berkata projek itu akan menjadi inisiatif kewangan swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh pelaburan daripada firma tempatan. Mk

Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker