Zahid ingatkan menang pemilihan dalam UMNO, belum tentu jadi calon PRN

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa calon parti itu dalam PRN akan datang tidak akan ditentukan berdasarkan jawatan yang disandang.

Ahmad Zahid berkata demikian di saat ramai ahli Umno yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti pada bulan ini.

“Calon ditentukan bukan kerana memegang jawatan dalam parti, tetapi disebabkan ‘kebolehmenangan’ di suatu kawasan. Dalam keadaan begitu pun kita tahu kekalahan akan tetap berlaku.



“Maka, diharapkan pemilihan kali ini bukan menjadi tapak untuk kita menjadi calon (pilihan raya),” katanya ketika berucap pada sesi pengenalan calon pemilihan Umno, di Shah Alam, malam tadi.

Pada PRU15 yang lalu, BN mengalami kekalahan teruk dalam sejarah politiknya dengan hanya meraih 30 kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, 26 kerusi adalah daripada Umno dan selebihnya daripada MCA dan MIC.

Bagaimanapun, BN tetap menjadi sebahagian daripada kerajaan dengan bekerjasama dengan PH dan kini dilihat hampir pasti akan menyertai PRN di enam negeri – iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu – bersama-sama gabungan itu.



Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk menegaskan kepimpinan Umno selepas pemilihan nanti perlu dibarisi kalangan yang setia dan tidak menyerang parti.

“Kita tidak mahu ada duri dalam daging, kita tidak mahu ada gunting dalam lipatan. Jangan kemenangan kita disebabkan oleh tarian-tarian yang dicipta oleh dalang-dalang di belakang.

“Kita mesti menang atas kebolehan kita, bukan ditunjuk oleh orang luar. Pertandingan ini antara kita sedarah daging, biarpun ada parti-parti luar sibuk campur dengan Umno,” katanya tanpa menyebut secara jelas pihak yang dimaksudkannya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker