Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

'Pintu sentiasa terbuka untuk Syamsul' - Ibu

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian netizen apabila memuat naik hantaran di Instagram Story semalam memaparkan gambar anaknya di muka depan akhbar Harian Metro dengan tulisan kenyataan menyentuh hati.

Dalam hantaran itu, Patimah menitipkan nasihat kepada Syamsul dan memintanya untuk pulang ke pangkal jalan.



“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan. Sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untukmu. Allah juga Maha Pengampun,” tulisnya.

Hantaran itu turut dimuat naik dengan lagu Rapuh nyanyian asal penyanyi Indonesia, Opick.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan menantu Patimah yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan Patimah dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.

Menerusi prosiding yang berlangsung, Syamsul enggan melepaskan isterinya dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).



Sebelum itu, Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar tahun 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih menyayangi Syamsul. HM

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone



Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker