TERKINI: Muhyiddin dijangka akan ditahan selepas beri keterangan dan didakwa esok – Ketua Penerangan Bersatu

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris menjangkakan presiden parti Muhyiddin Yassin akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Muhyiddin telah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM… dan kita jangkakan beliau akan ditahan (hari ini) dan didakwa di mahkamah esok,” kata Razali kepada wartawan yang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM.

“Kami menganggap ini tidak berperikemanusiaan kerana parti akan mengadakan pemilihan esok, dan Parlimen juga sedang bersidang.”



Muhyiddin, bekas perdana menteri, dijangka tiba di ibu pejabat SPRM selepas diminta hadir jam 11 pagi.

Muhyiddin sebelum ini mengesahkan dipanggil SPRM berhubung projek yang dianugerahkan di bawah Jana Wibawa, inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera yang diperkenalkan pada November 2020 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata kertas siasatan membabitkan Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional, masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker