Berunding, bukan tebuk atap, Mahfuz beritahu PN

Berunding, bukan tebuk atap, Mahfuz beritahu PN

Seorang pemimpin parti kerajaan berkata pembangkang tidak sepatutnya sibuk merancang menjatuhkan kerajaan seperti dibayangkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, sebaliknya ke meja rundingan bagi mendapat peruntukan sama rata.

Bercakap kepada FMT, Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berkata Perikatan Nasional (PN) perlu mencontohi Pakatan Harapan (PH) berunding dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang membawa kepada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada Sept 2021.

MoU berkenaan antaranya menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terbabit dalam persefahaman itu bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dinikmati rakyat.

“Jadi persoalan sekarang adakah pembangkang bersetuju kekalkan kerajaan hari ini sehingga lima tahun demi kestabilan negara dan rakyat.

“Hadi kena sambut dan sedia mulakan rundingan untuk kekalkan kerajaan sekarang, jangan tebuk atap lagi dan buat kecoh,” kata Mahfuz merujuk kenyataan Ahli Parlimen Marang itu bahawa pembangkang sedang berusaha merampas semula Putrajaya “bukan sahaja melalui pilihan raya tetapi juga di Parlimen”.

Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya pembangkang berunding agar isu peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan secepat mungkin.

Anwar bertegas tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti diberi kepada wakil rakyat kerajaan, namun sehingga hari ini hanya berdepan permusuhan.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen PN mengkritik Belanjawan 2023 kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan hanya pentadbiran Ismail memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan.

Dalam pada itu, Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad dari Umno, pula berkata usaha memberikan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat perlu bermula di peringkat persekutuan sebelum diikuti semua negeri termasuk ditadbir pembangkang.

Beliau berpendapat, tidak wajar kerajaan pusat atau negeri memangsakan wakil rakyat yang “tidak sebulu”, dengan menidakkan hak mereka mendapat peruntukan sama rata.

“Saya tak pernah bersetuju kita mangsakan wakil rakyat dipilih. Kita perlu keluar daripada kepompong itu.

“Bila kita mangsakan wakil rakyat tidak ikut parti kita, maknanya kita mangsakan rakyat. Tak bolehlah macam tu,” tambah bekas ketua pembangkang DUN Kelantan itu.

“Kita tak boleh berada dalam keadaan kezaliman, katanya.” FMT

Berunding, bukan tebuk atap, Mahfuz beritahu PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker