Pelawat berseluar pendek dilarang masuk hospital, ini penjelasan pengarah

Pelawat berseluar pendek dilarang masuk hospital, ini penjelasan pengarah

KUANTAN: Pertikaian berlaku antara pengawal keselamatan dan pelawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam akibat salah faham mengenai etika pemakaian, kata Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku ketika waktu melawat itu mungkin akibat salah faham mengenai definisi berpakaian memasuki hospital oleh pengawal keselamatan tersebut.

“Selama ini tidak ada masalah timbul bagi pelawat yang berpakaian sedemikian untuk masuk pada waktu melawat, kecuali pelawat berpakaian mencolok mata tidak dibenarkan masuk untuk melawat.

“Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa arahan rasmi hospital,” katanya dalam kenyataan.

Selepas kejadian itu, beliau berkata, tiada lagi masalah dari aspek etika berpakaian.

Beliau mengulas beberapa video tular di media sosial memaparkan pelawat tidak dibenarkan memasuki HTAA kerana berseluar pendek bawah paras lutut. FMT

Pelawat berseluar pendek dilarang masuk hospital, ini penjelasan pengarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker