Shuib enggan bersama Sepahtu kerana tak puas hati – Jep

Shuib enggan bersama Sepahtu kerana tak puas hati – Jep

Pelawak Jep Sepahtu tampil menjelaskan punca sebenar penarikan diri penyampai radio Shuib daripada menyertai program Sepahtu Reunion Live (SRL).

Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, 38, berkata, pengunduran Shuib untuk tidak bersama program itu bermula apabila pelawak itu melakonkan salah satu babak yang didakwa ada aksi lucah sehingga menerima kecaman ramai.

Disebabkan itu, bapa kepada empat cahaya mata itu digantung serta diminta membuat permohonan maaf secara terbuka sebagai pengajaran namun dia tidak dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Ceritanya bermula apabila ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk daripada penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.

“Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.

“Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

“Setelah meminta maaf, dia masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu dia memberi kata dua sekiranya dia masih digantung dua minggu, dia pilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal,” katanya.

Jep berkata demikian selepas tular kenyataan Shuib di sebuah portal berita yang menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali menyertai program berkenaan.

Menerusi satu temu bual Shuib berkata Sepahtu sedia maklum mengenai keputusannya dan punca dia tidak mahu kembali menyertai program itu buat masa ini.

Menurut Jep, pihaknya sememangnya tidak memujuk Shuib namun ada mempelawanya untuk kembali membuat kemunculan dalam program berkenaan.

“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia.

“Sepahtu tidak pernah buang dia malah di satu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Di saat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu-mangu,” katanya.

Dalam pada itu, Jep meminta peminat SRL tidak lagi berharap mereka bersama memandangkan Shuib seperti sudah tidak ada ‘hati’ untuk kembali ke pangkuan Sepahtu.

Katanya tiada sekelumit dendam yang disimpan sebaliknya sekadar memperbetulkan kenyataan.

“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah-indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan.

“Walau tidak bersama Sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Di mana pun dengan siapa pun. Semoga berjaya,” luahnya. HM

Shuib enggan bersama Sepahtu kerana tak puas hati – Jep

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker