Hamzah sibuk hal UMNO

Hamzah sibuk hal UMNO

Bekas menteri dalam negeri, Hamzah Zainudin berkata banyak perkara boleh dipersoalkan ahli berhubung pengecualian kepada Umno berhubung dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Setiausaha agung Bersatu itu berkata, bagaimanapun terpulang kepada ahli untuk mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang memberi pengecualian kepada Umno itu.



“Jadi, rakyat terutama ahli Umno kena sedar bahawa ada banyak perkara yang sepatutnya dipersoalkan dan terpulang kepada ahli parti.

“Kalau boleh dipersoalkan…bagaimana dipersoalkan. Bagaimana caranya mereka ambil,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah turut mempersoalkan tindakan Saifuddin yang menggunakan kuasa budi bicaranya dalam kes berkenaan.

Hamzah berkata, sepatutnya kuasa menteri digunakan selepas Umno diharamkan, tetapi Saifuddin mendahuluinya.



“Sepatutnya kalau parti itu diharamkan barulah ada kuasa. Sebelum ada apa-apa nak pre-empt (mendahului) apa maknanya.

“Memang betullah dia rasa sepatutnya Umno diharamkan, itu persoalan yang ada dalam kalangan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Larut itu antara pemimpin Bersatu yang turut hadir memberi sokongan kepada presiden mereka, Muhyiddin Yassin yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. FMT

Hamzah sibuk hal UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker