Muhyiddin ditahan berhubung siasatan Program Jana Wibawa

Muhyiddin ditahan berhubung siasatan Program Jana Wibawa

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu bekas perdana menteri itu diminta hadir ke ibu pejabat SPRM pada 11 pagi.

Muhyiddin yang semalam menyangkal dakwaan ditahan di padang golf di Selangor, sebelum ini mengesahkan dipanggil SPRM berhubung projek bawah Jana Wibawa, inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera, diperkenalkan pada November 2020 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Beliau menjadi pemimpin terbaru ditahan berhubung program Jana Wibawa. Dua pemimpin Bersatu – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Segambut Adam Radlan Adam Muhammad – didakwa di mahkamah bulan lalu kerana meminta dan menerima rasuah berhubung projek berkait Jana Wibawa.

Sementara itu, Bendahari Agung Bersatu Salleh Bajuri dibebaskan SPRM pada 3 Mac selepas ditahan dan direman selama dua hari. Menurut sumber, penahanan Salleh berkait siasatan ke atas program Jana Wibawa dan permohonan dalam talian Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN).

AkuPN ialah inisiatif dilancarkan Perikatan Nasional pada 2021 untuk membantu belia mendapatkan pekerjaan, menghadiri program peningkatan kemahiran atau memulakan perniagaan sendiri. FMT

Muhyiddin ditahan berhubung siasatan Program Jana Wibawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker