Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki memberi makanan kepada beberapa ekor anjing liar.

Tindakan seorang lelaki memberi makanan kepada beberapa ekor anjing liar mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok ammermohd262, kelihatan lelaki tersebut memberi anjing-aniing tersebut makan beberapa keping roti dan juga makanan haiwan.

Lebih mencuit hati, lelaki itu turut menyapu mentega di atas roti tersebut sebelum diberikan kepada anjing-anjing berkenaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat lelaki itu selain turut memuji sikapnya menyantuni haiwan jalanan.



“Alhamdulillah, menjadi contoh yg baik. Semoga makin ramai yang santuni haiwan jalanan,” kata Mama Pinky.

“Amboi, sakan ya sarapan ala ‘english’ siap sapi mentega,” kata Lin.

“Bagusnya, ini contoh muslim yang baik. Bangga saya. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan amin,” kata Liyza.

“Kamu sangat baik hati,” puji Fifi.



Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 500,000 kali dan mendapat lebih 4,000 komen.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker