Lelaki hanya makan kelapa selama 28 tahun

Hanya buah dan air kelapa yang boleh membuatkan keadan Balakrishnan bertambah baik. – Oddity Central

Seorang lelaki di bandar Kasaragod, India mendakwa dia  hanya makan buah kelapa selama 28 tahun dalam usaha merawat penyakit refluks gastroesophageal (GERD) yang dihidapinya, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.

Balakrishnan Palayi disahkan menghidap GERD, yang menyebabkan dia tiada tenaga  sehingga sukar untuk bergerak.

Sebagai sebahagian daripada rawatan penyakit itu, dia mula makan buah kelapa dan mendapati  keadaan kesihatannya bertambah baik sejak itu.

Menurut Balakrishnan, ketika usia muda, dia merupakan pemain bola sepak untuk sebuah kelab tempatan.

Pada umur 35 tahun, doktor mengesahkan dia menghidap GERD di mana setiap kali dia makan, semua makanan itu akan dimuntahkan kembali.

Balakrishnan telah mencuba pelbagai diet untuk mengatasi masalah GERD,   namun dia hanya bertambah sihat selepas makan dan minum air kelapa, manakala makanan itu tidak dimuntahkan kembali.

“Saya makan buah kelapa setiap hari sehinggakan keluarga juga turut menanam pokok kelapa. Saya hidup begini selama 28 tahun,” ujarnya.

Kini, pada usia 64 tahun, Balakrishnan jauh lebih sihat daripada kebanyakan orang yang sebaya dengannya.

Dia juga bekerja di ladang milik keluarga, kerap  berenang dan bersenam setiap hari. Lelaki itu juga tidak mempunyai masalah kesihatan serius. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker