11 hektar ladang ganja dibakar POLRI

11 hektar ladang ganja dibakar POLRI

ACEH BESAR: Sebuah ladang ganja berkeluasan 11 hektar dekat Sumatera Utara dimusnahkan dan dibakar polis Indonesia pada Rabu lalu.

Ladang ganja terbabit berjaya dikesan pihak berkuasa dalam satu operasi pada bulan lalu.



“Jika digabungkan dengan satu lagi ladang di Aceh Barat, jumlah keluasannya ialah 43 hektar, yang menghasilkan 190,000 batang pokok ganja yang sedia untuk dituai,” kata Ketua Polis Aceh, Ahmad Haydar, kepada pemberita di sini.

Indonesia mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia.

Pada 2017, Presiden Indonesia, Joko Widodo, memberitahu pegawai penguatkuasa undang-undang untuk menembak pengedar dadah bagi menangani ‘darurat dadah’.

Tahun lalu, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara, yang mahu membuka jalan untuk menghalalkan ganja bagi kegunaan perubatan. BH



11 hektar ladang ganja dibakar POLRI

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker