Main papan ‘spirit’ di sekolah, 28 pelajar ditemui perempuan pengsan

Berpuluh-puluh pelajar perempuan sebuah sekolah di Galeras, Colombia dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri ketika bermain papan Ouija, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengarah dan guru-guru sekolah tersebut membawa kesemua 28 pelajar itu ke hospital selepas mereka menunjukkan gejala seperti pengsan, resah dan beberapa simptom lain.

Ketua Institusi Pendidikan Galeras, Hugo Torres berkata, ibu bapa dan waris pelajar telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka sedang menanti perkembangan terbaharu daripada doktor.



Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa pelajar-pelajar tersebut dimasukkan ke hospital selepas bermainan permainan yang turut dikenali sebagai papan ‘spirit’.

Seorang ibu mendesak ibu bapa lain agar turut menyiasat mengapa begitu ramai pelajar dimasukkan ke hospital secara serentak.

“Anak-anak kita mengambil sarapan yang sihat dan tidak mungkin mereka jadi begitu kerana tidak cukup makan,” katanya.

Sementara itu, Torres meminta ibu bapa agar kekal bertenang dengan berkata: “Beberapa komen telah dikeluarkan oleh masyarakat mengenai kes ini. Anda tidak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya mengelirukan lagi dan menyebabkan kerja kami menjadi sukar.



“Institut pendidikan ini dengan rasa penuh hormat meminta agar orang ramai agar tidak membuat kesimpulan awal dan membuat spekulasi sendiri,” katanya.

Papan Ouija atau lebih dikenali sebagai papan ‘spirit’ didakwa kononnya boleh memanggil roh orang yang telah mati.  – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker