Muhyiddin tidak perlu berpolitik, jawab pertuduhan di Mahkamah

Muhyiddin Yassin perlu fokus kepada pertuduhan dihadapinya di mahkamah dan bukannya berpolitik sepanjang masa, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata sebagai orang lama dalam dunia politik, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara lain yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat pada ketika beliau sedang berdepan pelbagai pertuduhan.

“Janganlah berpolitik sahaja Tan Sri, nak politik lagi tunggulah PRN (Pilihan Raya Negeri), tak usahlah usaha tebuk atap ke, guna pintu belakang ke atau buat komen politik, kita kurangkan, ini pun titah Raja-Raja Melayu,” katanya.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir serta mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai laporan media semalam berkaitan keputusan Muhyiddin untuk tidak meletak jawatan sebagai presiden Bersatu, yang disifatkan bekas Perdana Menteri itu selaras dengan kehendak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pagoh itu ketika mengumumkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan Bersatu, dilapor berkata ia amalan standard bagi mana-mana ahli parti yang berhadapan dengan tuduhan di mahkamah untuk meletak jawatan supaya tidak menimbulkan salah pandangan terhadap Bersatu

Hari ini, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Jumaat lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker