Dibebaskan atau tidak, Mahkamah Persekutuan buat keputusan 31 Mac ini

Najib Razak akan mengetahui pada 31 Mac ini jika dia berjaya dalam semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan sabitan dan hukumannya atas kesalahan rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Pasukan undang-undang bekas menteri kewangan itu dimaklumkan mahkamah negara paling tinggi mengenai tarikh keputusan berkenaan.

Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan tarikh penghakiman itu ketika dihubungi media.

Sebelum ini pada 28 Feb, lima hakim Mahkamah Persekutuan lima yang bersidang dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, memaklumkan keputusan itu akan ditetapkan pada 31 Mac

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mendengar perbicaraan permohonan semakan oleh bekas perdana menteri itu berhubung sabitan kesalahannya atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya.

Hakim lain yang bersidang mendengar semakan ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan, serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Pada 23 Ogos tahun lepas, panel Mahkamah Persekutuan berasingan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah.

Selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib telah memohon sidang hakim Mahkamah Persekutuan sekarang untuk mendengar permohonan semakannya mengenai kes yang melibatkan satu sabitan penyalahgunaan kuasa, tiga sabitan jenayah pecah amanah dan tiga sabitan pengubahan wang haram.

Najib yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, turut mencuba ikhtiar lain di luar badan kehakiman untuk membebaskan dirinya melalui petisyen pengampunan diraja serta petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas penahanan sewenang-wenangnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker