PAS keluar PN? Tuan Ibrahim nafikan

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak khabar angin yang tersebar di kalangan orang-orang politik bahawa parti itu merancang untuk keluar daripada Perikatan Nasional.

Ketika ditemui di parlimen hari ini, pemimpin PAS itu menafikan pernah mendengar perkara sedemikian.

“Tak ada, tidak pernah timbul pun,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Tidak jelas bagaimana khabar angin itu bermula dan Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihannya.

Bagaimanapun, desas-desus itu bertiup kencang selepas pemimpin PAS tidak hadir dalam AGM Bersatu pada hujung minggu lalu.

Ditanya mengenai perkara ini, Tuan Ibrahim berkata ia cuma soal pertembungan jadual sahaja.

“Kami pun dah maklum. Ada jemputan tapi kebetulan PAS kawasan sekarang tengah mesyuarat agung.

“Kebanyakan pimpinan (PAS) dah maklum kepada pimpinan tertinggi Bersatu bahawa kebetulan (mesyuarat) hari sama.

“Sebahagian daripada kami merasmikan mesyuarat agung kawasan-kawasan.

“Saya sendiri semalam (ke) lima kawasan,” jelas Tuan Ibrahim.

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Sayap Pemuda Bersatu pada Sabtu menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin Pemuda PAS serta pimpinan Pemuda Gerakan yang menjadi tuan rumah AGM di ibu pejabat parti mereka, Menara PGRM, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tiada tokoh terkemuka PAS yang dilihat semasa perhimpunan badan induk Bersatu pada Ahad bersama Gerakan dan SAPP sebagai rakan Perikatan Nasional.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker