Pemilihan UMNO: Kepimpinan sayap baharu UMNO lebih dinamik, progresif

KEMENANGAN Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam pemilihan ketua-ketua sayap parti UMNO kali ini sebenarnya memberikan 1,001 gambaran dan mesej kepada lebih 3 juta ahli parti ‘keramat’ itu.

Dengan Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menang selesa jawatan Ketua Pemuda UMNO, Noraini mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO manakala Nurul Amal atau Along dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO yang baharu, ia satu isyarat jelas perwakilan UMNO mahukan kepimpinan sayap parti diterajui bakat muda serta pemimpin progresif yang lebih komited untuk bekerja berbanding beretorik.

Begitu juga dengan kejayaan Noraini yang berjaya mengenepikan cabaran bekas pemimpin heavyweight UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam persaingan sengit pada 11 Mac lalu.

Kemenangan bekas Menteri Pengajian Tinggi itu hakikatnya menunjukkan majoriti akar umbi UMNO mahukan pemimpin yang bersikap walk the talk dan bukan sekadar petah berbicara tetapi tidak buat kerja.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perwakilan UMNO memilih Noraini dan Dr Muhamad Akmal kerana mereka dilihat mampu memperbaiki dan menaikkan imej UMNO ke tahap lebih baik di mata rakyat dan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tidak lama lagi.

“Biarpun Noraini mendapat tentangan hebat daripada Shahrizat, selain difahamkan terdapat usaha pihak tertentu cuba menghalangnya daripada mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO namun beliau berjaya menempuh ranjau dan dugaan itu, hasil daripada komitmen Noraini yang selama ini diakui sebagai pemimpin progresif, berwawasan, kurang bercakap tetapi kerja jalan selain menjaga kebajikan golongan wanita.

“Kemenangan Dr Muhamad Akmal pula menunjukkan wujud sentimen dalam UMNO yang mahukan seorang pemimpin yang tidak sekadar berpendidikan tinggi dan menceburi bidang profesional tetapi memiliki ciri kepimpinan berkarisma, agresif dan dinamik.

“Hakikatnya ciri kepimpinan yang luar biasa terdapat pada Dr Muhamad Akmal menyebabkan beliau berjaya mencipta kejutan memenangi jawatan utama sayap Pemuda UMNO, mengenepikan pesaing yang pernah menjadi Timbalan Menteri seperti Datuk Mohd Shahar Abdullah serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Armand Azha Abu Hanifah,” katanya kepada Sinar Premium.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi pertandingan jawatan Ketua Wanita sempena pemilihan UMNO kali ini, Noraini memperolehi 106 undi daripada 189 bahagian yang terlibat dalam pemilihan di seluruh negara.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pada 2018 pula hanya menerima 70 undi bahagian walaupun beliau pada awalnya dianggap calon favourite untuk mengenepikan Noraini.

Dr Muhamad Akmal pula dilaporkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan memperoleh 110 daripada 189 bahagian setakat Ahad.

Berikutan itu Dr Muhamad Akmal dalam satu kenyataan meraikan kejayaan beliau menyifatkan kemenangannya itu sebagai bukti bahawa lebih 3 juta akar umbi UMNO mahukan perubahan kepimpinan dalam parti.

Beliau mendahului tiga lagi calon iaitu Mohd Shahar, Armand Azha dan seorang ahli biasa UMNO, Meor Hassan Mat Ali.

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi pula melihat kemenangan Dr Muhamad Akmal sebagai simbolik harapan baharu terhadap sayap Pemuda UMNO dalam usaha membina pendekatan yang lebih segar dan savvy tech atau mesra teknologi kepada pengundi muda.

Justeru, Anis Anwar berpandangan sokongan padu diterima Dr Muhamad Akmal sebagai manifestasi harapan sayap parti itu untuk kembali memainkan peranan besar dalam mengembalikan momentum sokongan pengundi muda terhadap UMNO.

“Harapan diletakkan ahli-ahli Pemuda UMNO terhadap Dr Muhamad Akmal pastinya berbeza dengan isyarat kemenangan Noraini yang lebih menumpukan pada segmen pengundi usia pertengahan dan sentimen kesetiaan kepada parti berbanding segmen pengundi muda itu sendiri.

“Kehadiran beliau (Noraini) dirasai sewaktu UMNO berada pada situasi yang penuh liku. Maka perwakilan Wanita UMNO melihat tidak salah peluang kedua diberikan kepada beliau untuk memulihkan sokongan UMNO setelah berada dalam kerajaan,” jelasnya.

Di sebalik kekalahan terhadap Noraini, Anis Anwar melihat masa hadapan Shahrizat dalam bidang politik masih tidak tertutup rapat, malah membuktikan beliau masih berpengaruh apabila menghadirkan saingan sengit kepada Noraini.

“Namun, sejarah politik negara membuktikan mana-mana ahli politik yang membuat kemunculan semula dalam bidang politik kebiasaannya tidak menerima respons baik rakyat kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Justeru, saya tidak merasakan Shahrizat akan benar-benar serius untuk kembali berpolitik pada masa depan meskipun beliau memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam memartabatkan kedudukan Wanita UMNO suatu ketika dahulu,” tambah beliau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker