Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar cukup murka dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menarik balik rayuan berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, menurut

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Azalina berkata perkara itu dizahirkan Sultan Ibrahim dalam satu pertemuan yang berlangsung sebelum ini, yang turut disertai Menteri Luar, Zambry Kadir dan Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.

“Kerajaan telah lepaskan hak rayuan kita. Apa yang berlaku tak sepatutnya berlaku, atas nasihat siapa pun tak patut berlaku.

“Pada pertemuan antara saya, Zambry dan Mohamad, Tuanku cukup murka dalam isu Pulau Batu Puteh,” katanya dalam wawancara kepada media, hari ini.

Pada Mei 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan Malaysia menarik diri secara rasmi dari permohonan rayuan keputusan melibatkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Pada 14 Disember lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu tuntutan Batu Puteh perlu dikaji semula supaya rundingan segera dan lebih bermakna dapat diadakan dengan Singapura.

Pada 8 Feb lalu pula, dia memaklumkan berkata Kertas Putih mengenai kes Pulau Batu Puteh akan dibentang di Parlimen.

Mengulas lanjut, Azalina berkata isu Pulau Batu Puteh merupakan soal kedaulatan yang sepatutnya dirujuk kepada kerajaan Johor.

“Malah, jika dirujuk Akta Laut, daratan beberapa kilometer di bawah laut itu milik kerajaan negeri, namun dalam kes ini kerajaan pusat (ketika itu) tidak merujuk kerajaan negeri mahupun Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini bukan hilang tanah atau hilang rumah, ini hilang kedaulatan…Sebagai orang Melayu dan anak Johor, saya marah (dengan keputusan ini),” katanya lagi.

Katanya lagi, Sultan Ibrahim juga telah menitahkan kerajaan untuk mencari jalan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker