Menteri Pendidikan beri jaminan tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Tegasnya, harga makanan di kantin sekolah adalah termaktub di dalam garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan kementerian.

“Kementerian mengambil perhatian mengenai isu kos yang dibangkitkan dan sebagainya tetapi perlu melihat kepada kepada garis panduan itu serta perbincangan dengan pihak sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar kejurulatihan sukan dan melancarkan takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023, di sini pada Rabu.



Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan ibu bapa kemungkinan harga makanan di kantin meningkat menjelang sesi persekolahan bermula minggu hadapan.

Ditanya mengenai cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti, Fadhlina berkata, perkara itu akan diberi perhatian.

“Sekiranya ada keperluan untuk seragam, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Fadhlina berkata, perbelanjaan peruntukan penyelenggaraan sekolah tidak akan dikurangkan bagi Belanjawan 2023.



“Kita bagi peruntukan itu seperti biasa, tiada pengurangan kerana kita mahu pastikan sekolah itu selamat dan selesa,” katanya

Dalam Belanjawan 2023, KPM menerima peruntukan tertinggi iaitu RM55. 2 bilion berbanding RM52. 6 bilion tahun sebelumnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir



Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker