Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai

Gambar Hiasan

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas didakwa menggunakan gergaji rantai untuk membunuh majikannya ketika mereka bekerja bersama di sebuah ladang getah di wilayah Surat Thani, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek diuji positif dadah dan polis menemui gergaji rantai beserta pisau berlumuran darah di tempat kejadian.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran lokasi pembunuhan memaklumkan kepada pegawai polis di Balai Polis Baan Na Derm mengenai kejadian itu pada Sabtu lalu.

Anggota  polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan menangkap suspek, Worrapoj Sip-aeng, 34, ketika dia hendak melarikan diri menggunakan trak pikap.

Tubuhnya dikesan mempunyai dadah dan dia tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kepada polis kerana keadaannya yang dipengaruhi bahan terlarang itu.

Pegawai yang menyiasat tempat kejadian mendapati mayat mangsa tertimbus di ladang getah itu dengan kesan luka besar sehingga hampir memutuskan lehernya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Na Derm untuk bedah siasat. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker