Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]

Putri dan Aldi mula berkenalan sejak 2017. – TikTok @silviahellena42

Sepasang pengantin di Pekanbaru, wilayah Riau menjadi perhatian ramai selepas kisah mereka yang merupakan bekas pelajar dan guru tular di media sosial, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video di laman TikTok, pasangan tersebut dilihat melangsungkan hari perkahwinan mereka dengan memakai busana pengantin berwarna biru.

“Pelajar mengahwini guru yang cantik. Si pelajar jatuh cinta kepada gurunya sejak mula bertemu,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Hantaran itu turut memaparkan gambar lama guru wanita itu selain gambar majlis pernikahan pasangan yang mempunyai perbezaan usia lima tahun itu.

@silviahellena42

♬ Kupinang Kau Dengan Bismillah – Rossa

“Perbezaan umur lima tahun tidak memudarkan cinta si lelaki. Selepas menanti selama lima tahun, si lelaki melamar gurunya dengan perjuangan yang tidak mudah,” kata keterangan video itu.

Wolipop kemudian menemu bual guru tersebut, Putri Dariani, 26, yang kemudian memberitahu bahawa dia merupakan guru ko-kurikulum tarian sejak 2016.

Putri yang berkahwin dengan suaminya, Aldi Saputra Prasetiawan, 21, pada 3 Mac lalu menyatakan bahawa dia mula mengenali lelaki tersebut sejak 2017.

“Komitmen dan kegigihan Aldi yang terus berusaha untuk melamar saya menjadi penyebab saya menerima dia.

“Perjuangan dia untuk memperisterikan saya daripada gajinya hanya 1.8 juta rupiah (RM527) hingga ke tahap ini bagaikan satu pencapaian,” jelasnya.

Ketika ini, Putri masih bergelar guru sekolah manakala Aldi merupakan seorang pengendali mesin forklift. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker