Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM

Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM

Seorang individu dikenali sebagai Datuk Roy yang direman tiga hari berakhir hari ini, bagi membantu siasatan berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dijangka dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam bela lelaki berkenaan, Fahmi Abd Moin, berkata perintah itu akan dikeluarkan oleh Majistret Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, pada pagi ini.



Bagaimanapun, katanya Datuk Roy akan ditahan semula oleh SPRM selepas dibebaskan dengan jaminan bagi membantu siasatan kes lain.

“Anak guam mungkin akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya esok untuk direman. Saya pun tidak pasti membabitkan kes apa.

“Setakat ini, saya tiada maklumat bila anak guam akan dituduh di mahkamah,” katanya pada BH, hari ini.

Media melaporkan Datuk Roy ditahan ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang Isnin lalu.



Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah. BH

Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker