Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh

Bagaimanapun bekas ahli MKT Umno mengakui perkara itu sukar diperoleh.

Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno boleh menggulingkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi jika mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahlinya, kata Noh Omar.

Bekas ahli MKT Umno itu berkata, ini melibatkan undian antara 25 MKT yang dipilih dan 12 dilantik bagi jawatan itu dalam parti berkenaan.

Bagaimanapun, Noh mengakui perkara itu sukar diperoleh berdasarkan pengalamannya selama 29 tahun menjadi ahli MKT yang terpilih dalam pemilihan Umno.

“Bukan mudah hendak mendapatkan dua pertiga kerana kita kena ingat yang bertanding 25 orang, tetapi yang dilantik pula.

“Takkan MKT yang dilantik itu hendak ikut mereka (MKT) yang dipilih. Kalau kata hendak dapatkan atau gulingkan presiden sebab MT ramai, itu mustahil. Namun boleh buat dengan dua pertiga iaitu mengikut perlembagaan,” kata bekas ketua Umno Selangor itu menurut Kosmo.

Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan, akan mengekalkan dua jawatan tertinggi Umno selepas usul tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden diluluskan pada perhimpunan agung parti.

Sementara itu, Noh yang dipecat pada Januari lalu berkata beliau akan kembali kepada Umno jika berlaku pertukaran individu yang memegang jawatan nombor satu parti.

“Kalau tukar saya boleh ‘come back’ (kembali) sebab dia yang pecat saya bukan Lembaga Disiplin dan MKT,” katanya. FMT

Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker