Agihan kerusi PH, BN di N9 selesai tak lama lagi

Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata setakat ini tiada masalah atau isu besar mengenai kerjasama antara kedua-dua parti untuk bersama bagi menghadapi PRN.

Agihan kerusi PH, BN di N9 selesai tak lama lagi

Pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN di Negeri Sembilan diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi, kata Aminuddin Harun.

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata, setakat ini tiada masalah atau isu besar mengenai kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan untuk bersama bagi menghadapi pilihan raya.



“Sekarang kita bersama dengan BN, kami telah adakan perjumpaan. Dalam masa terdekat atau sebulan dua lagi kami dapat selesaikan isu pembahagian kerusi, selepas itu terpulang kepada parti untuk menentukan calon masing-masing.

“Saya rasa semangat itu yang perlu ada dan saya yakin BN dan PH mempunyai cara bersama untuk kita saling menghormati apa juga keputusan pimpinan, itu yang paling penting,” katanya yang juga menteri besar Negeri Sembilan menurut Bernama.

Mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa parti itu akan melantik menteri besar dalam kalangan pemimpinnya jika memenangi PRN di negeri itu, Aminuddin menyifatkan ia sebagai perkara biasa.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin berkata Bersatu akan melantik menteri besar dalam kalangan pemimpin parti itu di Negeri Sembilan dan Selangor jika berjaya membentuk kerajaan di kedua-dua negeri itu pada PRN akan datang. FMT



Agihan kerusi PH, BN di N9 selesai tak lama lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker